Monday, 5 March 2012

PROFESSIONAL MELAYU PINGGIRKAN POLITIK..???

SEMAKIN ramai orang Melayu kini meminggirkan diri dari arus perdana politik dengan menganggap diri mereka sebagai "kumpulan apolitical" yang berkecuali. Kononnya, mereka tidak berpihak kepada mana-mana parti politik.

Faktor bosan dengan kerenah orang politik serta hilang kepercayaan terhadap sistem politik adalah antara alasan utama yang sering diberikan golongan terbabit. Sementara itu, golongan usahawan Melayu dan Melayu profesional pula mengambil sikap berkecuali dengan mengeluarkan kenyataan "kami berniaga, tak boleh campur politik" dan "kami tak boleh campur hal ehwal politik sebab kami berniaga dengan kerajaan dan kami akan teruskan perniagaan kami dengan kerajaan walaupun berlaku pertukaran kerajaan selepas pilihan raya".

Namun, berbeza pula halnya dengan orang bukan Melayu yang dilihat semakin peka berpolitik. Golongan ini didapati semakin ramai menyertai arus perdana politik. NGO mereka pula sedia menyokong mana-mana parti politik yang boleh membantu mencapai agenda mereka, termasuk agenda perniagaan, kerakyatan, sekolah vernakular dan sebagainya. 

Tiada istilah berkecuali dalam NGO massa bagi masyarakat bukan Melayu. Justeru, tidak hairanlah suara politik bukan Melayu semakin lantang dan semakin kuat.


Ini disebabkan majoriti masyarakat bukan Melayu sudah sedar maju atau mundurnya bangsa mereka bergantung kepada "political bargaining" atau "kuasa tawar menawar politik" yang ada pada mereka.



Oleh itu, istilah "kami tidak mahu berpolitik" atau "kami apolitical" tidak lagi relevan dalam masyarakat bukan Melayu.


Lain pula halnya dengan masyarakat Melayu. Semasa memperjuangkan kebebasan dari jajahan British, orang Melayu lah yang bertungkus-umus dan bermati-matian berjuang dalam landasan politik demi mencapai kemerdekaan. Di era pasca Merdeka, Melayu hebat berpolitik demi memajukan bangsa, agama dan negara.


Pasca 13 Mei, Pas dan UMNO sanggup mengetepikan perbezaan politik demi memantapkan kuasa politik Melayu Muslim yang terhakis dan tercabar dalam peristiwa pra-13 Mei 1969.


Hari ini, walaupun kerajaan UMNO dan Barisan Nasional berjaya melahirkan ramai usahawan, graduan dan profesional Melayu, masih ramai di kalangan mereka dilihat selesa berada dalam zon selesa.


Mereka menganggap politik sebagai instrumen merosakkan Melayu sehinggakan ada yang menganggap amat popular jika tidak berpolitik dan kekal dengan jenama ahli korporat, usahawan dan profesional yang tidak berpihak kepada mana-mana parti politik. Maka, semakin ramai yang tidak mahu menyertai UMNO dan tidak mahu masuk Pas. Akibatnya, semakin kurang gema suara politik Melayu berbanding gema politik bukan Melayu.


Maklumlah, ramai Melayu yang tidak mahu menyertai UMNO dan ramai yang tidak mahu menyertai Pas. Justeru, mereka duduk di atas pagar atau menyertai NGO di atas pagar.


Jika dulu laungan "biar putih tulang asal jangan putih mata" menjadi pegangan semua orang Melayu, kini majoriti yang di atas pagar dan dalam NGO berpendapat sekiranya mana-mana parti politik menang sekali pun tidak mengapa, dunia tidak akan kiamat dan Melayu tidak akan dipinggirkan. Ada yang begitu yakin bahawa "nasib yang menimpa Melayu Singapura tidak akan menimpa Melayu Malaysia" walaupun Melayu Malaysia hilang kuasa memerintah dalam kerajaan.


Ramai juga golongan atas pagar ini menganggap tindakan DAP memperbanyakkan penyertaan ahli Melayu dan akan meletakkan ramai calon Melayu dalam PRU13 sebagai petanda nasib Melayu akan terus dibela. Golongan atas pagar ini tidak percaya jika dikatakan tindakan DAP memperbanyakkan ahli Melayu bertujuan menjadikan Pas tidak relevan dalam Pakatan Rakyat.


Terkini JATI pula ditubuhkan sebagai NGO yang dijangka amat berpengaruh tetapi apolitical. Kalaulah tiada perancangan untuk JATI dibubarkan akhirnya dan kesemua ahlinya memasuki mana-mana parti politik Melayu Muslim, maka kehadiran JATI (Jalur Tiga) yang mempunyai tujuan murni, sebenarnya adalah aliran baru yang berbahaya kerana ia dilihat mampu mengurangkan lagi gema politik Melayu dan Islam dalam arena politik.


Kalau usaha menubuhkan NGO atas pagar atau NGO berkecuali ini berterusan, status Melayu dibimbangi akan berubah di masa hadapan. Masyarakat Melayu tidak lagi akan menjadi "game changer", sebaliknya akan ditakrifkan sebagai "harmless political observer" atau "pemerhati politik yang tidak berbahaya".


Maka, akan terhapuslah jenama politik Melayu pra-merdeka. Melayu era pra-merdeka ketika itu amat gah dijenamakan sebagai "janakuasa atau prime mover" kepada kebangkitan gerakan kemerdekaan, pencetus arus kemajuan dan pemodenan negara" yang sanggup menggadai nyawa demi memperkukuhkan politik Melayu Muslim.


Kembali kepada aliran Melayu memasuki NGO dan bersikap atas pagar. Sesuatu perlu dilakukan. Yang pasti, mewujudkan NGO demi NGO dan membentuk barisan bertindak NGO bukanlah jawapannya. Tindakan sedemikian amat berbahaya kerana ia akan mengajak Melayu supaya meninggalkan arus perdana politik. Penyelesaian terbaik adalah supaya UMNO mahu pun Pas menjenamakan dirinya sedemikian rupa agar menjadi parti pilihan utama orang Melayu Islam. Jika, ini tidak dapat dilakukan, elok juga difikirkan bagaimana Barisan Jemaah Islamiyah Malaysia atau BERJASA diaktifkan semula. Parti BERJASA ini yang dulunya pernah memerintah Kelantan boleh menjadi pilihan alternatif kepada NGO Melayu atau Melayu atas pagar.


Yang penting semua umat Melayu Islam perlu memasuki arus perdana politik agar gema politik Melayu lebih kuat daripada gema politik bukan Melayu. Ini bukanlah seruan berbentuk rasis, namun ia sekadar mengingatkan bangsa Melayu yang kini dianggap semakin mundur dari aspek ekonomi, politik, sosial dan nilai agama memerlukan gema politik yang lebih lantang.



0LEH : DATUK RADZI LATIF ialah bekas Presiden Yayasan Kepimpinan dan Strategi Malaysia (YKSM).

PRU 13 : JUN..???

Kemungkinan Pilihan Raya Umum Ke-13 akan diadakan pada pertengahan tahun ini adalah tidak mustahil dengan kelebihan yang kini jelas memihak kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, menurut Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Azmi Hassan, terdapat beberapa perkara yang terlebih dahulu perlu diberi perhatian oleh kerajaan BN sebelum pilihan raya umum diadakan.



"Dua perkara utama yang saya lihat perlu diselesaikan adalah penyelarasan tangga gaji baru kepada penjawat awam dan satu perkara lagi adalah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di papan utama Bursa Malaysia.

"Kalau dua isu itu dapat diselesaikan, bagi saya tiada lagi isu yang meruncing dan memang kemungkinan pilihan raya akan diadakan pada bulan Jun ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.


TUN DAIM ZAINUDDIN menyatakan di dalam Mingguan Malaysia semalam bahawa UMNO serta Barisan Nasional (BN) mempunyai kelebihan berbanding pakatan pembangkang.


Sementara itu, Setiausaha Gabungan NGO Malaysia (GNM) Mohd. Jurit Ramli berkata, tempoh terdekat itu adalah waktu yang paling sesuai bagi Perdana Menteri DS Najib mengadakan pilihanraya berikutan keadaan kucar-kacir di dalam pakatan pembangkang.


"Sebenarnya terlalu banyak isu yang dihadapi oleh pembangkang yang tidak pernah selesai termasuk konflik dalaman sehingga menyaksikan Datuk  Dr. Hassan Ali dipecat dari PAS. Malah ketua pembangkang Anwar Ibrahim juga semakin hilang kredibiliti denga perlabagi isu bertalu-talu termasuk kenyataannya yang menyokong keselamatan negara Israel" katanya.


Jelas beliau lagi, tempih waktu inijuga sesuai bagi Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen memandangkan program transformasi yang diperkenalkan mula  memberi kesan dan mempunyai potensi untuk kebaikan masa depan negara. 

'CAH KETING' DALAM PAS...???

DALAM perjalanan politik Pas, mereka sentiasa berusaha untuk memaparkan parti merekalah paling sempurna, parti merekalah yang paling aman dan damai serta parti merekalah yang tidak pernah ada konflik dalaman yang serius.

Tetapi apa yang berlaku di Kedah sudah membuktikan bahawa politik tetap politik, dalam politik tidak ada musuh dan kawan yang kekal, dalam sekelip mata musuh boleh menjadi kawan, kawan boleh menjadi musuh.

Walau apa pun keputusan yang dicapai oleh perjumpaan khas Jawatankuasa Pas pusat dengan barisan kepimpinan Pas Kedah malam tadi, ia sama sekali tidak boleh menutupi segala yang terdedah akibat konflik yang berlaku antara Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Datuk Phahrolrazi Zawawi.

Selain itu, ia juga sudah pasti tidak akan mampu meredam kegelojohan sesetengah puak di dalam Pas Kedah untuk menjatuhkan Azizan daripada kerusi Menteri Besar. Apa yang lebih hebat, krisis yang berlaku juga jelas membuktikan negeri itu sudah berpuak-puak, masing-masing mahu menjatuhkan antara satu sama lain sehingga menggugat pentadbiran Azizan.


PRU 13 : PARLIMEN TERGANTUNG....???????

Ramalan Tun Daim Pilihan Raya Umum Ke-13 - Parlimen Tergantung

Ramalan Tun Daim Pilihan Raya Umum Ke-13 – Parlimen Tergantung???

Sebelum kita membaca ramalan Tun Daim Zainuddin yang dibuat melalui wawancara khas dengan akhbar China Press, adalah amat penting untuk kita mengingati bahawa Daim adalah satu-satunya pemimpin yang secara terbuka meramalkan Barisan Nasional (BN) akan kehilangan beberapa negeri dan mencatatkan keputusan terburuk dalam pilihan raya umum (PRU) ke-12 lalu.
Justeru, bersandarkan pengalaman sebelum ini, maka ramalan yang dibuat Daim pastinya memiliki nilai politik yang tinggi dan perlu diberikan perhatian.
Antara ramalan beliau untuk PRU ke-13 seperti yang disiarkan di muka satu akhbar China Press ialah :
-Orang ramai sudah bosan dengan pertelingkahan politik yang tidak putus-putus antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR), dan ini mungkin menyebabkan mereka tidak akan turun mengundi dalam PRU yang akan datang dan keadaan tersebut mewujudkan ‘Parlimen Tergantung’ atau Hung Parliament.
-Pentadbiran BN di Pahang tidak akan terjejas akibat isu Lynas.
-Rakyat juga bosan dengan pertelingkahan dalaman di kalangan para pemimpin PR di Kedah dan Selangor. Dapatkan anda bayangkan pertelingkahan yang akan wujud jika PR memerintah Kerajaan Pusat? (Soalan yang dilontarkan oleh Daim)
-Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin menunggu sehingga tahun hadapan sebelum mengadakan PRU ke-13.
-Mana-mana kerajaan akan melakukan kesilapan apabila memerintah sesebuah negara untuk tempoh yang lama.
-PR akan mengekalkan kuasa di Pulau Pinang dan Kelantan tetapi berkemungkinan besar kehilangan negeri Kedah.
-BN dan PR akan bertarung sengit di Selangor dan Perak.
-Hampir 20 peratus undi masyarakat Cina terutama dari kawasan luar bandar akan berpihak kepada BN.
-BN masih mampu mengekalkan kuasanya di Johor.
-Sukar untuk meramalkan berapakah jumlah kerusi yang BN akan menang atau tewas. Perhatian khusus harus diberikan kepada kelompok pengundi muda.
**Parlimen tergantung juga adakalanya dikenali sebagai Parlimen seimbang. Ia biasanya wujud dalam negara demokrasi dengan sistem dua parti di mana keputusan sesuatu pilihan raya memperlihatkan tidak ada mana-mana parti yang berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti mutlak.
**Tun Daim adalah Menteri Kewangan negara antara tahun 1984 hingga 1991. Beliau juga merupakan seorang usahawan dan ahli ekonomi yang amat disegani bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga dalam dunia perniagaan peringkat global.

PELAKON TERKENAL CHINA MATI DIBUNUH SUAMI SENDIRI...???

Seluruh rakyat China gempar apabila berita tentang kematian aktres, Bai Jing yang mati dibunuh oleh suaminya sendiri pada selasa lalu selepas berlaku pertengkaran di kediaman mereka di daerah Chaoyang, China.
Asianone.com melaporkan suami mangsa, Zhou Chenghai, 44, dikatakan telah menikam Bai Jing sebelum dia membunuh dirinya sendiri.
Bai Jing yang disebut-sebut sebagai pengganti kepada Michelle Yeoh dan merupakan aktres kung-fu wanita paling terkenal telah banyak membintangi filem diantaranya ialah "Kung Fu Wing Chun", "Three Kingdoms:Resurrection of the Dragon" dan banyak lagi filem dan siri televisyen, drama kanak-kanak dan rancangan muzikal.
Berita kematian aktres berusia 29 tahun itu dihebahkan kira-kira jam 3 petang di Sina Weibo melalui Twitter Ju Chunlei dalam bahasa Cina yang juga merupakan pengurus besar agensi hiburan.
Ju memberitahu, pembunuhan berlaku ekoran pertengkaran yang sudah lama berlaku diantara pasangan tersebut dan kematian ibu Zhou pada 31 Januari lalu menjadi punca terakhir pasangan tersebut bertengkar.
Ju enggan mendedahkan dengan lebih lanjut mengenai perkara tersebut. Namun, menurut laporan akhbar China, Legal Evening News, Zhou telah bersemuka dengan Bai selepas menerima tuntutan cerai Selasa lalu.
Dalam petisyen perceraian, Bai menyatakan bahawa dia tidak tahu mengenai perkahwinan pertama Zhou yang mempunyai seorang anak lelaki dan menuduh Zhou berlaku curang.
Zhou yang didakwa merupakan seorang jutawan yang memperoleh kekayaan daripada pasaran saham dan hartanah dikatakan mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan pertamanya sebelum bercerai. Zhou yang dikatakan telah melaburkan banyak wang dalam karier lakonan Bai akhirnya berkahwin pada Oktober 2010.
Sebelum itu, pada awal tahun ini, terdapat satu sumber telah mendakwa Bai telah bersubahat dengan teman lelakinya untuk mencuri 20 juta yuan (RM9.5 juta) daripada suaminya, dan telah mengupah pelacur untuk menggoda Zhou supaya dia dapat menuntut cerai dan mendapat banyak wang.
Kematian ibu Zhou yang dikatakan "mati akibat marah" selepas mendapat tahu tentang hal tersebut, dan pengarah filem Zhang Tongzhu yang pernah bekerja dengan Bai menafikan khabar angin itu. "Dalam fikiran saya, Bai seorang perempuan lurus dan rajin bekerja,"katanya.
 :  SUMBER  :

EKONOMI NEGARA KUKUH

MUKADDIMAH....

Kedudukan ekonomi negara kukuh

KEBELAKANGAN ini sering terdengar suara kebimbangan tentang hutang negara yang tinggi yang diuar-uarkan akan membawa padah buruk kepada Malaysia. Malaysia dikatakan tidak dapat menanggung beban hutang yang besar ini. Ada juga yang meramalkan Malaysia akan jadi seperti Greece yang muflis serta terpaksa diselamatkan oleh IMF dan negara-negara lain mengakibatkan rakyatnya menderita kerana syarat-syarat ketat yang dikenakan.
Adakah ini benar? Biarlah saya mulakan dengan memberi penjelasan tentang situasi hutang negara. Memang benar hutang negara sampai tahap yang tinggi iaitu telah mencecah RM440.7 bilion atau 53.1 peratus dari Keluaran Domestik Kasar Negara (KDNK) pada suku ketiga 2011. Ramalan jumlah hutang negara boleh menjadi RM495 bilion di akhir tahun 2012, berdasarkan perbelanjaan Bajet 2012. Disamping tahap yang tinggi, mengikut penganalisis ekonomi, kadar kenaikan pantas ini iaitu sebanyak 68 peratus dari tahun 2006 sehingga 2010 jika berterusan boleh menyebabkan hutang negara menjadi sangat besar. 

BACA SETERUSNYA DI KERATAN AKHBAR INI....