Friday, 2 March 2012

IDEA DAP GUGURKAN PERJUANGAN NEGARA ISLAM PAS



KUALA SELANGOR - Datuk Dr. Hasan Ali mendakwa, idea untuk menggugurkan perjuangan menubuhkan negara Islam dan ditukar kepada negara berkebajikan oleh Pas sebenarnya datang daripada DAP.


Ini kerana dakwa Hasan, DAP sememangnya tidak mahu malah tidak suka dengan perjuangan asal Pas yang mahu memperjuangkan negara Islam.


``Gugurnya perkataan Islam dalam perjuangan Pas adalah kerana DAP tidak mahu parti itu terus memperjuangkan Islam.


``Selain itu, ia kerana parasit di dalam Pas hari ini tidak lagi menghormati pemimpin dan ulama dalam Pas sebaliknya hanya mengikut kehendak pemimpin PKR (Parti Keadilan Rakyat) yang mahu Pas bersekutu dengan DAP walaupun parti itu menentang Islam," ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 1,000 hadirin pada program Bicara Aqidah dan Kuasa Ketiga Selamatkan Ummah di Saujana Utama di sini malam tadi. - UTUSAN

KEMELUT DALAMAN PAS MAKIN KRITIKAL..????

Krisis dalaman Pas semakin kritikal apabila mesyuarat khas yang berlangsung hampir empat jam bagi membincangkan isu pergolakan parti itu di Kedah gagal menemui jalan penyelesaian.


Sebaliknya, kepimpinan Pas Pusat sekali lagi terpaksa mengadakan mesyuarat pada Sabtu ini bagi menghimpunkan semua pihak yang bertelagah di Alor Star Kedah untuk menyelamatkan parti tersebut.


Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang tampil membuat sidang media pada pukul 12.30 tengah malam berkata, pucuk pimpinan parti itu yakin pertemuan pada Sabtu ini akan membuahkan keputusan.


"Mesyuarat malam ini membuat keputusan untuk kita mengadakan pertemuan muhibbah sekali lagi di Alor Star, Kedah. Kita percaya pertemuan tersebut akan menyelesaikan segala kemelut yang melanda," katanya. - UTUSAN



MANTAN KETUA PEMUDA MIC PERAK DIREMAN KERANA UGUTAN SEKS!!!!


Sebelum ini pelbagai spekulasi yang mengaitkan bekas Ketua Pemuda MIC Perak, K. Murali wujud sehingga menyebabkan beliau melepaskan jawatan yang disandang sejak September 2009.
Namun hari ini, kontroversi berkaitan Murali timbul semula apabia beliau dikatakan telah ditahan di Balai Polis Puchong Jaya sebelum dibawa mahkamah untuk direman.
Murali dipercayai memiliki video lucah seorang wanita dan ia digunakan bagi tujuan membuat ugutan seks terhadap wanita terbabit bagi mendapat kepuasan nafsu selain wang habuan.
Perkara ini ternyata menimbulkan imej buruk terhadap pemimpin terutama dikalangan pemuda MIC.
Apa tidaknya, perletakkan jawatan yang disandangnya sebelum juga dikatakan kerana tidak mendapat sokongan dari majoriti Ketua Pemuda Bahagian di negeri berkenaan.
Mungkin ada diantara Pemuda MIC yang terlebih dahulu mengetahui mengenai kecenderungan Murali terhadap seks dan wang ringgit atau mungkin kerana kurangnya sokongan dari rakan-rakan dalam parti menyebabkan beliau menggunakan wanita terbabit sebagai hiburan.
Walau apa pun spekulasi yang dibuat, perkara ini masih dalam pemerhatian pihak polis.
Sama ada Murali benar-benar bersalah atau tidak, perlulah tunggu hasil siasatan nanti.
Pada 19 Mei 2011, 18 Ketua Pemuda Bahagian MIC menghantar memorandum kepada Pengerusi MIC Perak ketika itu, Datuk S. Veerasingam dan Ketua Pemuda MIC Kebangsaan, T. Mohan melaporkan sesuatu selain meminta Ketua Pemuda negeri ditukar.
Murali kemudiannya membuat keputusan untuk melepaskan jawatan terbabit dan bersedia untuk memberi laluan kepada calon lain yang lebih berkelayakan bagi memimpin sayap parti komponen itu pada masa depan - PerakToday

ROMBAKAN ORGANISASI TERTINGGI TLDM


Markas Tentera Laut mengeluarkan kenyataan bahawa Laksamana Madya Datuk  Abd Hadi A Rashid (gambar) secara rasminya dilantik sebagai Panglima Armada iaitu jawatan ketiga tertinggi di dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada esok hari ini.
Perlantikan tersebut akan dilaksanakan dalam Majlis Serah Terima Tugas Panglima Armada di Pangkalan TLDM Lumut Perak yang turut disaksikan oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.
Laksamana Tan Sri Abdul Aziz juga akan mengumumkan satu rombakan besar sedang dilakukan dalam barisan kepimpinan tertinggi TLDM yang melibatkan lima portfolio utama.
Berikut adalah senarai pegawai kanan TLDM yang terlibat di dalam rombakan organisasi tertinggi TLDM:
a. Laksamana Madya Datuk Abd Hadi A Rashid menjawat jawatan Panglima Armada di Pangkalan TLDM Lumut.
b. Laksamana Muda Datuk Pahlawan Mohammad Rosland Omar menjawat jawatan Panglima Wilayah Laut 2 di Pangkalan TLDM Teluk Sepangar Sabah.
c. Laksamana Pertama Abd Aziz Mohd Sani menjawat jawatan Panglima Bantuan di Pangkalan TLDM Lumut.
d. Laksamana Muda Datuk Anuwi Hassan menjawat jawatan Asisten Ketua Staf Operasi dan Pertahanan di Markas ATM, Kementerian Pertahanan.
e. Laksamana Muda Datuk Abdul Ghani Othman menjawat jawatan Asisten Ketua Staf Rancang dan Operasi di Markas Tentera Laut, Kementerian Pertahanan.
Berikutan dari rombakan pemerintahan tertinggi tersebut,  beberapa majlis serah terima tugas dilaksanakan berasingan di Markas Tentera Laut, Pangkalan  TLDM Lumut Perak dan Pangkalan TLDM Teluk Sepangar Sabah agar majlis tersebut turut disaksikan oleh pegawai-pegawai kanan dan warga formasi dan unit masing-masing.
Rombakan tersebut dilakukan berikutan persaraan beberapa orang pegawai kanan TLDM dalam masa terdekat ini iaitu Laksamana Madya Datuk Wira Jamil bin Haji Osman dan Laksamana Muda Datuk Musa bin Omar.
Dalam pada itu, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz akan turut menyempurnakan pemakaian pangkat sembilan orang pegawai kanan TLDM di Dewan Sidek Shabudin, KD Pelandok, Pangkalan TLDM Lumut Perak.  Mereka yang akan dinaikkan pangkat seperti berikut:
a.         Laksamana Muda ke Laksamana Madya
-           Laksamana Muda Datuk Abd Hadi A Rashid.
b.         Laksamana Pertama ke Laksamana Muda
-           Laksamana Pertama Datuk Pahlawan Mohammad Rosland bin Omar.
c.         Kapten TLDM ke Laksamana Pertama
-           Kapten Chin Yoon Chin TLDM.
-           Kapten Abd Aziz Mohd Sani TLDM.
d.         Komander  TLDM ke Kapten TLDM
-           Komander Mohd Kindil Md Akam TLDM.
-           Komander Mohd Shaiful Adli Chung Abdullah TLDM.
-           Komander Azhar Adam TLDM.
-           Komander Suhaimi Sani TLDM.
-           Komander Shamsuddin Ludin TLDM.
Kenaikan pangkat bagi pegawai-pegawai TLDM ini adalah sebagai tanda kepercayaan pucuk pimpinan TLDM dan penghargaan  kepada warganya seiring dengan amanah dan tanggungjawab untuk mereka terus berkhidmat dengan lebih gigih, cemerlang dan berintegriti di dalam organisasi TLDM.
Sumber : Perhubungan Awam Markas Tentera Laut