Blogger steadyaku yang sebelum ini dikenali pro Datuk Seri Anwar Ibrahim kini mula mengkritik kombinasi Ketua Umum PKR dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai ‘bebanan’ dan bukan ‘penyelesai masalah’ untuk parti itu.
Blogger steadyaku atau nama sebenarnya Hussein Hamid mula mengkritik Anwar dan Azmin dalam artikelnya bertajuk “Anwar & Azmin is the problem not the solution for PKR!“.
“Dia mahu jadi ‘defecto leader‘ PKR. Dia mahu Azmin jadi timbalannya. Dia mahu jadi ketua pembangkang. Dan sekarang dia mahu jadi Perdana Menteri (PM) ?. Semuanya sentiasa berkaitan dengan Anwar Ibrahim dan bukan berkaitan dengan orang lain !”, kata Hussein, bekas pelajar MCKK yang kini menetap di Adelaide, Australia.
Meskipun Azmin sering menobatkan Anwar sebagai bakal PM, namun menurut Hussein, semua orang yang pernah mengenali Anwar tahu bahawa dia tidak sesuai menjawat jawatan pemimpin nombor satu negara itu.
Katanya, Anwar tidak boleh berterusan hidup dalam keadaan menipu, kerana lambat laun, tembelangnya akan terbongkar jua.
“Kami tahu fakta-fakta kes liwat II”, katanya.