Tuesday, 7 February 2012

RATUSAN JONGKONG EMAS YANG DITEMUI DI IRAQ OLEH TENTERA AS, MILIK SIAPA...???!!!



Ratusan jongkong emas telah ditemui bersepah-sepah di Iraq oleh tentera Amerika..(kalau dh bersepah-sepah mungkin bukan setakat ratusan.... tapi mungkin ratusan ribu)


Ia ditemui ketika tentera Amerika diarahkan untuk mencari harta kekayaan negara Iraq yang dipercayai disembunyikan oleh Saddam Hussin.


Persoalannya.... ke manakah jongkong emas itu akan diletakkan dan apakah seterusnya???
Adakah akan diwartakan di perbendaharaan negara Iraq atau disonglap terus oleh tentera Amerika dan dibahagi2kan sesama mereka....

KALAULAH........disedekahkan seketul tu kepadaku...................................hehehehe

SAWAH DI SERANG ULAT RATUS...

DI KUBANG PASU......Sejenis ulat dikenali sebagai ulat ratus di kalangan pesawah telah menyerang lebih 200 hektar sawah di daerah ini sejak sebulan lalu menyebabkan kerugian lebih RM150,000.
Serangan ulat terbabit atau nama saintifiknya ‘spodoptera mauritia’ membabitkan kawasan milik lebih 100 pesawah.
Ulat Ratus Serang Sawah Di Kubang Pasu
Ulat ratus itu kebiasaannya menyerang daun pokok padi dan kemudian melarat ke tangkai buah menyebabkan batang pokok padi patah dan tidak boleh dituai.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Johari Baharum, berkata ulat ratus juga dikenali sebagai ulat kerbau berasal dari sejenis kupu-kupu yang membiak dengan cepat mengancam sawah padi. – BERNAMA

RAKAN BAIK ANWAR BERITAHU MALAYSIA TIDAK AKAN TERJAMIN JIKA ANWAR PERINTAH MALAYSIA....

SEORANG demi seorang rakan rapat yang satu ketika dahulu begitu memuja Datuk Seri Anwar Ibrahim, melangkah kaki meninggalkan beliau. Ezam Mohd. Nor, Chandra Muzaffar dan Zulkifli Nordin antara beberapa nama yang bertindak demikian dengan seribu satu fakta dan kenyataan kerana tidak sanggup lagi bersekongkol dalam kemungkaran.
Salah seorang rakan baik Anwar yang juga pernah menganggapnya sebagai mentor, DATUK AIDIT GHAZALI, turut mengambil tindakan sama. Dalam pertemuan di kediamannya Rabu lalu, Aidit yang pernah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Institut Perkembangan Minda (INMIND), dengan tenang menjelaskan kenapa beliau tidak lagi sanggup bersama pemimpin pembangkang itu.
Kepada wartawan Mingguan Malaysia AZMAN ANUAR, NIZAM YATIM dan HAFIZAHRIL HAMID, beliau mengatakan bahawa Anwar bukan lagi seperti yang beliau kenali dahulu. Anwar baginya, bukan lagi seorang yang boleh diharapkan dari segi kewibawaan perjuangan dan pemikiran Islam.
Beliau yang pernah bergiat aktif di dalam ABIM satu ketika dahulu turut memberi sebab-sebab utama kenapa kini menolak untuk bersama Anwar, antaranya sifat kemaruk kuasa, kelonggaran pendirian dalam isu-isu berkaitan Islam dan beberapa lagi.
Selain itu beliau yang kini menjawat Pengerusi Eksekutif Akademi Aidit turut mengungkap permasalahan perpecahan di kalangan umat Melayu/Islam, pluralisme dan gaya kepimpinan yang boleh dijadikan contoh.
MINGGUAN: Sejak zaman mahasiswa lagi Datuk amat rapat dengan pemikiran dan perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mengapa sekarang Datuk sangat kritikal terhadap perjuangan dan pemikirannya?
AIDIT: Zaman 1970-an dan awal 80-an adalah zaman di mana tahap idealisme Islam dalam kalangan mahasiswa serta mahasiswi Muslim di seluruh dunia Islam sangat tinggi. Pelbagai faktor menyumbang kepada fenomena ini.
Antara lain, kesan usaha dakwah pelbagai jemaah Islam yang muncul di hampir seluruh pelosok dunia Islam, krisis sistem ekonomi, politik dan pendidikan yang berasaskan nilai serta budaya Barat dan juga interaksi yang semakin rancak antara para pelajar kita yang dihantar belajar ke luar negara dengan rakan-rakan mereka dari negara-negara Islam yang lain.
Generasi muda di Malaysia termasuk saya tidak terpisah daripada arus positif ini. Maka secara logiknya, proses pencarian ilmu, wadah gerakan Islam serta contoh mithali berjalan dengan gigih. Saya diketemukan dengan sahabat-sahabat daripada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan turut terlibat dalam menubuhkan ABIM (United Kingdom) pada awal 1980-an.
Ketika itu Anwar ialah Presiden ABIM.
Memandangkan sifat saya yang meletakkan standard tinggi pada apa yang saya buat dan pegang dalam hidup, maka Anwar ketika itu layak menjadi contoh perjuangan saya atas kewibawaan diri yang beliau tonjolkan ketika memimpin ABIM sehingga beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dan terlibat dalam peristiwa-peristiwa pasca 1998.
Tetapi sejak beberapa tahun ini, khususnya setelah PRU-12, pendirian saya mula goyah dan penuh pertanyaan apabila saya melihat dalam percaturan Anwar berlakunya:
Pertama, sifat terlalu kemaruk memegang kuasa secara pintas, dengan khabar bahawa berpuluh wakil rakyat BN akan berpaling tadah selepas PRU-12 dan baru-baru ini dengan laungan untuk menjadi Perdana Menteri walau apa pun berlaku.
Kedua, kesediaan beliau untuk bekerjasama dengan DAP yang jelas tidak mahu pada negara Islam. Ketiga, pengasingan diri ramai bekas kenalan Anwar dalam kalangan ulama, cendekiawan Islam yang saya hormati dan sahabat-sahabat karib beliau dalam pergerakan Islam.
Keempat, kelonggaran pendirian beliau berkaitan dengan isu penggunaan nama Allah, penterjemahan Bible ke Bahasa Melayu, isu LGBT, isu menjaga keselamatan Israel, kefahaman pluralisme terhadap Islam dan kelima, sikap kurang tegas beliau terhadap golongan yang mencabar IMR (martabat Islam, kedudukan umat Melayu sebagai kustodian Islam di Malaysia serta pemeliharaan Institusi Raja sebagai Pelindung dan Pemayung agama Islam di Malaysia).
Sifat kompromi melampau beliau atas kepentingan politik sehingga menimbulkan kekhuatiran saya yang amat sangat bahawa masa depan Islam dan umatnya di Malaysia tidak lagi terjamin jika Anwar dan pakatan politik beliau menerajui negara.
Terhadap isu-isu moral yang didakwa disabitkan dengan beliau juga ada kesan besar kepada saya kerana sumber-sumber saya adalah daripada mereka yang mempunyai tahap integriti yang tinggi di sisi saya serta yang bukan ada kepentingan politik dan juga mereka yang satu ketika dahulu mempunyai tahap kepercayaan terhadap Anwar yang melebihi tahap saya.
Namun jiwa saya bukan jiwa menghukum. Justeru, tanpa isu-isu moral ini pun, saya sudah ada cukup asas untuk tidak lagi berpegang pada Anwar sebagai insan yang saya boleh pegang dari segi kewibawaan perjuangan dan pemikiran Islam beliau.
Saya telah capai pada peringkat ini dalam keadaan penuh kesedihan kerana satu ketika, saya sangat sanjung kemampuan dan peribadi beliau.
Anwar dikatakan mendukung fahaman pluralisme yang kelihatan bercanggah dengan fahaman arus perdana ahli Sunah Wal Jamaah. Apa pandangan Datuk mengenai aliran fahaman sebegini dan kesannya kepada akidah umat?
AIDIT: Fahaman pluralisme yang meletakkan kesucian dan kebenaran agama Islam pada tahap sama dengan agama-agama serta kepercayaan lain adalah kefahaman yang jelas sesat. Ia boleh menggegarkan syahadah seseorang Muslim kerana ia seolah-olah mempersoalkan martabat Islam sebagai satu-satunya agama yang benar di sisi Allah.
Ucapan Anwar satu ketika dahulu di United Kingdom berkaitan pluralisme kononnya di hadapan audiens yang bukan Muslim dan wajarlah kononnya beliau membawa pandangan yang melihatkan sifat keterbukaan seorang Muslim.
Tetapi pada saya, ada perkara yang kita boleh kompromi dan ada perkara pokok yang kita tidak boleh langsung berkompromi, lebih-lebih lagi jika ia disabitkan hal akidah (pegangan agama Islam) dan soal Syariah yang jelas hukumnya.
Jika seseorang itu sudah mula berkompromi satu hal pokok, maka kekhuatiran saya adalah ia akan sanggup melonggarkan hal-hal pokok yang lain sehingga nanti seluruh akar Islam itu tercabut dan mungkin diganti dengan baja pemikiran, benih kefahaman dan pokok pegangan yang langsung tidak ada sifat Islam.
Justeru perjuangan saya dalam agenda IMR adalah supaya jangan nanti nasi jadi bubur, jangan sehingga menangis tak berlagu tentang akibat pada Islam dan umatnya dan jangan pula saya kesal kemudian akibat berdiam diri yang tidak kena pada tempatnya.
Umat Islam yang kurang faham implikasi halus yang dibawa oleh fahaman pluralisme akan mula nanti membelai sifat berkompromi dengan tuntutan agama Islam dalam hidup kita; mereka akan berjinak dengan sifat liberal dan tuntutan yang haram boleh jadi halal dan yang halal boleh ditegah, serta macam-macam lagi pemikiran yang kabur kerana pegangan kita pada agama yang satu sudah dicairkan.
Perpecahan kalangan umat Islam di Malaysia amat membimbangkan. Apakah faktor yang menyebabkan ia berlaku dan mungkin ada jalan keluar darinya?
AIDIT: Pelbagai analisis tentang perpecahan umat Islam telah dikupas oleh pihak-pihak lain. Kebanyakannya ada asasnya. Saya tidak berniat untuk mengulanginya. Tetapi faktor-faktor yang paling ketara saya yakini menjadi penyebab pada hari ini adalah lima yang utama.
Pertama, tahap ilmu dan kemahiran untuk menilai sesuatu perkara termasuk maklumat yang diterima, secara waras, bijaksana, berfikiran panjang dan menyeluruh.
Kedua, ketandusan ikon-ikon insan atau manusia-manusia yang boleh masyarakat jadikan ikutan dan rujukan yang diyakini tidak berbelah bagi dan yang bersifat adil serta membina dalam penilaian mereka.
Ketiga, masalah ketaksuban yang amat sangat dalam kalangan sebahagian masyarakat terhadap tokoh-tokoh kesayangan mereka dan wadah pilihan mereka sehinggakan ketaksuban kepada Allah dan Rasul-Nya, serta ketaksuban terhadap kebenaran telah diketepikan tanpa sedar.
Keempat, suasana yang tidak kondusif pada perpaduan akibat budaya menghasut, berdendam dan takbur bahawa diri mereka yang benar dan kelima, kurangnya alternatif atau pilihan bagi umat Islam yang kecewa dan seolah-olah hilang harapan pada wadah-wadah sedia ada.
Penyelesaiannya adalah supaya kita tinjau serta kaji sedalam-dalamnya punca pada faktor-faktor ini dan kita selesaikan pada punca-punca. Yang penting kita berusaha secara sistematik dan berterusan. Soal bila kita berjaya jangan kita jadikan desakan utama kerana itu urusan Allah.
Saya juga tidak mahu terperangkap dalam membuat kerja secara gopoh sehingga mengorbankan kualiti dan berkat Allah dalam perjuangan saya.
Pada pandangan Datuk gaya kepimpinan yang bagaimana seharusnya menjadi sumber ikutan dan teladan dalam realiti masyarakat berbilang kaum dan agama?
AIDIT: Sebenarnya, jika kita memahami Islam secara menyeluruh serta kandungan al-Quran, sunah Rasulullah, sejarah hidup para ulama dan tokoh Islam serta hakikat bahawa pintu ijtihad tidak ditutup, soal masyarakat majmuk ini bukan faktor besar.
Madinah yang dijadikan sebagai contoh negara Islam pertama pun bukan semua warganya beragama Islam. Justeru, masyarakat yang sama ada keseluruhannya umat Islam atau bersifat majmuk berkehendakkan gagasan kepemimpinan yang boleh memberi mereka keyakinan, harapan, pengukuhan, bimbingan serta jawapan pada pelbagai kemelut dan cabaran.
Dalam konteks ini, saya melihat bahawa belum ada seorang yang boleh sampai pada tahap itu. Yang kita perlu adalah gagasan kepemimpinan yang saling melengkapi antara satu sama lain.
Justeru jika sesebuah negara itu mempunyai seorang pemimpin utama, maka amat penting sekali mereka yang di kelilingnya mestilah mereka yang juga mencerminkan tahap kepemimpinan tinggi, khusus dari segi kemahiran, ilmu, integriti, moral, amal ibadat, niat suci, rekod prestasi, hubungan masyarakat, jiwa murabbi, rekod prestasi, pergaulan, wawasan dan gagasan mentor yang hebat.
Jika budaya kita tidak menjurus ke arah formula ini, maka kita mesti bergerak ke arahnya sebelum terlambat.
Anwar dikatakan membuat kenyataan kontroversi mengenai Israel yang disiarkan dalam Wall Street Journal. Apa pandangan Datuk dalam konteks sikap politik yang diambil dan kesannya terhadap perjuangan umat Palestin?
AIDIT: Kenyataan Anwar itu memang langsung tidak boleh diterima, walau apa pun alasan beliau. Israel adalah sebuah negara yang kewujudannya dari segi Islam adalah haram.
Warganya kebanyakan berjiwa Zionis yang jelas bermusuh dengan Islam. Rekod rejim Zionis juga terkenal dengan kezaliman bersifat Firaun terhadap umat Islam di Palestin. Jadi untuk membuat kenyataan itu walau atas kepentingan apa sekalipun tidak boleh diterima.
Ia ibarat mencurah air garam yang sedang menggelegak panasnya ke atas luka yang masih berdarah dengan isi badan terdedah.
Mereka yang diam seribu bahasa termasuk rakan-rakan Anwar yang sering berhujah tentang kezaliman Zionis dan memperjuangkan umat Islam Palestin mesti bersuara untuk membuat pendirian. Ini yang saya lihat adalah ujian asid sama ada taksub kita pada Allah dan kebenaran atau taksub kita pada manusia?
Pendirian kita terhadap perkara-perkara yang mencabar Islam dan umatnya seperti yang saya sebutkan awal tadi juga adalah ujian asid dari segi di mana terletak prinsip kita. Kita mesti ingat bahawa manusia tidak sempurna.
Janganlah disamakan kesempurnaan Allah dengan kehebatan mana-mana manusia sehingga kita sanggup menggadai agama sendiri demi kepentingan politik duniawi dan keseronokan sementara.
Sebahagian besar penganalisis berpendapat bahawa masyarakat Islam di Malaysia kini berhadapan dengan masalah persepsi. Apa pendapat Datuk terhadap perkara ini?
AIDIT: Saya amat bersetuju dengan pandangan ini. Memang kita kini dibelenggu dengan masalah persepsi. Masalah ini bersifat akumulatif, yakni telah membesar dengan peralihan masa dan tidak diatasi ketika ia masih kecil.
Antara penyebabnya adalah pengalaman buruk masyarakat dengan pihak-pihak yang berkepentingan secara tidak beretika, kawalan emosi yang diganggu dengan budaya menghasut, budaya fitnah dan budaya agresif yang bertentangan dengan nilai serta tata susila hidup kita, termasuk apa yang berlaku di sebahagian masjid, surau dan kebanyakan laman sesawang dan blog/facebook dalam Internet; ketaksuban yang pada tahap melampau terhadap tokoh dan wadah sehingga maklumat yang sahih pun ditolak jika mencemarkan tokoh dan wadah mereka; ketandusan pilihan-pilihan lain bagi mereka yang kecewa; realiti ibarat mencurah air di daun keladi dengan satu pihak ada yang membuat baik dan di satu pihak pula ada yang membuat perkara-perkara yang mencairkan usaha baik; kurang usaha turun ke akar umbi dengan penuh tawaduk dan ikhlas serta tidak bermusim; dan akhir sekali, kurang mencari berkat Allah dalam apa yang kita buat.
Namun, kita jangan pasrah. Kita mesti kuasai profil masalah persepsi ini secara lengkap dan mendalam. Sesuaikan penyelesaian pada kelompok-kelompok yang terlibat. Dekati mereka tanpa prejudis dan pasrah.
Jadi contoh yang baik dari segi perlakuan kita sendiri dan yakin pada takdir Allah untuk membuka hati mereka yang Allah pilih. Pastikan ahli-ahli keluarga kita dahulu yang kita bimbing sebelum kita nak bimbing orang lain. Jangan lupa doa berterusan.
Dan akhir sekali, mesti rasa seronok buat kerja perjuangan supaya tahap pengorbanan kita bukan dijana oleh kepentingan material dan duniawi tetapi dipacu dengan sifat cinta pada agama Islam, umatnya, Institusi Raja sebagai pelindung agama Islam dan hasrat kita untuk membuktikan kepada masyarakat berbilang bangsa dan agama di Malaysia ini bahawasanya umat Islam memang umat terbaik di sisi Allah – Mingguan Malaysia

AS BOIKOT STARBUCKS SOKONG PERKAHWINAN SEJENIS..!!!

starbucks

STARBUCKS...... adalah di antara kedai cafe 'kaki lima yang berjenama' yang paling mendapat sambutan di bandar-bandar besar sejak kemunculannya secara mendadak lebih sedekad lalu.
WALAUBAGAIMANA PUN......baru-baru ini seorang paderi, Steven Andrew yang juga Presiden Institusi Paderi Kristian Amerika Syarikat (AS) di California menggesa pengguna-pengguna Starbuck supaya memboikot syarikat minuman yang terkenal itu.
Andrew juga mendakwa penganut-penganut Kristian kecewa dengan tindakan Starbucks yang dianggap telah menentang ajaran Tuhan.
“Starbucks boleh mengikut ajaran Syaitan jika mereka mahu, tetapi paderi-paderi akan membantu menyelamatkan penganut Kristian.
“Adakah anda di pihak Tuhan dan adakah anda sudi membantu AS dirahmati Tuhan?” kata Andrew.
RUPA-RUPANYA......ramai pihak yang tidak mengetahui satu perkara tentang Starbuck iaitu syarikat tersebut menyokong satu rang undang-undang mengesahkan perkahwinan sejenis di Washington, walaupun telah 'lepak' di situ bersama kawan-kawan sejak bertahun-tahun yang lalu!!!
Gesaan boikot yang dikeluarkan Selasa lalu oleh Andrew itu adalah sehari sebelum rang undang-undang tersebut dibentang di Dewan Senat Washington.
Malah, Institusi Paderi Kristian AS turut meminta penganut Kristian untuk menghentikan penyajian makanan dan minuman jenama itu di majlis-majlis dan kemudahan gereja.
Bukan sahaja Starbucks yang menyokong rang undang-undang perkahwinan sejenis itu, terdapat lebih dari 100 syarikat lain yang menyokong termasuklah Nike, Google dan Microsoft.
Jika rang undang-undang itu diluluskan di Dewan Perwakilan minggu depan, Washington akan menjadi negeri ketujuh di AS yang mengiktiraf perkahwinan sejenis.

*** Bolehkah kita memboikot juga jenama Nike.... Google dan Microsoft..??? 
Penulis : Sedang menggunakan Google sekarang....!!! adusssss!!!!

SIASAH SYAR'IYYAH VERSI PAS, WUJUDNYA BERHALA BESAR DI DUN NIZAR JAMALUDDIN....????

BERHALA ITU.....Lokasinya adalah di Kampung Permatang, Pasir Panjang yang merupakan kawasan yang diwakili oleh Nizar Jamaluddin.
Tidak hairanlah mengapa Nizar Jamaluddin begitu disokong dan berusaha untuk mengambil hati kaum yang menggunakan Bahasa Mandarin sebagai bahasa perantaraan antara puak-puak yang apabila disatukan dinamakan sebagai CINA.
Besarnya berhala-berhala yang menghadap Selat Dinding, seolah-olah menggambarkan Perak sudah pun menjadi sebuah NEGERI BERHALA. Malah sekaligus menolak serta menepis tohmahan puak-puak Pakatan, termasuklah Nizar Jamaluddin sendiri bahawa UMNO-BN telah menafikan kebebasan beragama kaum bukan Melayu dan bukan Islam.
Tentunya ramai daripada kita yang masih ingat bagaimana Nga Kor Ming yang baru sahaja disaman RM11 juta oleh blogger Sekupangduas melalak-lalak marahkan kerajaan Zambry Abdul Kadir kerana menyediakan peruntukan besar untuk masjid, surau dan sekolah agama rakyat di Perak, tidak lama dahulu. Menurut Nga Kor Ming, sepatutnya pembahagian peruntukan tersebut dibuat secara sama rata.
Agak aneh kerana kawasan berkenaan merupakan kawasan majoriti umat Islam tetapi tidak pula kelihatan masjid yang besar serta berkubah hebat sepertimana Berhala Kwan Ying yang terdapat Kampung Permatang. Bayangkanlah kalau kerajaan Zambry Abdul Kadir membina sebuah masjid besar yang menyaingi pembinaan patung-patung berhala gigantic itu, apakah yang akan dilalakkan oleh Nizar Jamaluddin dan rakan sekutunya seperti Nga Kor Ming dan sepupunya, Ngeh Kor Ham, ADUN Sitiawan?
Kalau mengikut hukum Siyasah Syariyyah, rumah-rumah ibadat kaum bukan Islam tidak boleh lebih gah dan lebih menonjol berbanding masjid dan tempat-tempat ibadah umat Islam. Tetapi dalam hal ini, Nizar Jamaluddin yang merupakan salah seorang pemimpin penting PAS di Perak, mungkin menggunakan kaedah Tahalluf Siyasi dan toleransi yang keterlaluan demi mengekalkan undi kepada Pakatan Rakyat, khususnya kepada PAS Perak.
Dalam bahasa yang lebih mudah, untuk mengekalkan undi dan sokongan kaum bukan Islam, kaedah Siyasah Syariyyah yang biasanya digunakan sebagai modal untuk mendabik dada oleh golongan PAS, tidak terpakai. Siyasah Syariyyah hanya terpakai apabila ianya membabitkan UMNO dan Barisan Nasional semata-mata. Atau barangkali juga Siyasah Syariyyah versi PAS memang berbeza daripada Siyasah Syariyyah yang telah digarispanduankan oleh ulama-ulama muktabar zaman silam?
Nizar Jamaluddin boleh kembang hidung dengan kewujudan berhala-berhala besar di Kampung Permatang itu. Sekurang-kurangnya itu sudah menjamin undi kepada Pakatan Rakyat pada PRU akan datang. Dan jangan terkejut serta garu kepala sekiranya tidak lama lagi, akan muncul pula berhala HANUMAN yang saiznya mungkin dua kali ganda lebih besar berbanding patung Dewa Muruga di kaki Batu Caves di pesisiran yang sama. Malah jangan hairan juga apabila secara tiba-tiba muncul SYNAGOGUES yang saiznya berkali ganda lebih besar mengatasi Masjid Negeri Perak terutama di kawasan-kawasan yang diwakili oleh Pakatan Rakyat.
Melihat fenomena yang sedang berlaku, nampaknya sudah semakin terhimpitlah imej Islam sebagai agama rasmi di Malaysia. Patung Buddha terbesar ada di Kelantan dan Pulau Pinang. Gereja terbesar pula bakal siap di Bukit Jalil, Selangor. Patung Kwan Yin terbesar sedang dibina di Sabah. Patung Murugan pula ada di kaki Batu Caves.
Yang tak besar-besar dan tak gah-gah cumalah masjid…
Jadi, dengan kata-kata lain, di manakah rasionalnya tohmahan dan dakyah yang mengatakan UMNO-BN telah menyekat hak kebebasan beragama di kalangan rakyat Malaysia, sekalipun Perlembagaan Negara pula memberikan lebih ‘keistimewaan’ kepada Islam yang merupakan agama rasmi Malaysia? Kalau dah semua rumah ibadat dan berhala jauh lebih besar berbanding masjid dan surau, malah dijadikan pula sebagai lokasi pelancongan, adakah Islam sebagai agama rasmi Malaysia sebenarnya hanyalah satu mekap yang berbopeng-bopeng sahaja?

BANDAR BARU SERI MANJUNG KURANG TERURUS..???

Bandar Seri Manjung merupakan bandar transit dalam perjalanan ke jeti di Lumut untuk ke Pulau Pangkor. Sama ada perjalanan dari Teluk Intan, Tapah, mahupun Ipoh, bandar Seri Manjung perlu dilalui sebelum tiba di jeti Lumut. Dengan kata lain, bandar ini menjadi ‘back-up’ kepada Lumut sekiranya perjalanan ke Pangkor tidak dapat diteruskan.


SRI MANJUNG1


Seri Manjung berada dalam Parlimen Lumut dan DUN Pasir Panjang. Ahli Parlimen Lumut adalah Kong Cho Ha, Menteri Pengangkutan manakala Ahli Dewan Undangan Negeri pula adalah Nizar Jamaluddin, bekas Menteri Besar Perak yang sangat kritikal tentang kesalahan UMNO dan Barisan Nasional tetapi sangat terkenal kerana tidak pernah peduli dengan kawasan yang diwakilinya. Exco Pelancongan Perak pada zaman Pakatan Rakyat berkuasa di Perak adalah Kapten (B) Osman Jailu yang telah melompat, sekaligus meranapkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Manakala Exco Pelancongan pada zaman UMNO-BN adalah Dato’ Hamidah Osman, Exco Kanan Perak.



Malangnya, Seri Manjung kurang dipedulikan!
Tinjauan mendapati Seri Manjung yang berlatarbelakangkan mereka yang berkerjaya di Lumut serta Angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia, mahupun sebagai pesara, kurang memperlihatkan kepentingannya. Biarpun susun atur bangunan di bandar tersebut terlalu mirip dengan Bandar Miri di Sarawak, namun faktor-faktor lain seperti perparitan, sampah sarap serta perkhidmatan hotelnya begitu daif.
SRI MANJUNG2
Tahun ini adalah Tahun Melawat Perak. Dengan kata lain, Bandar Seri Manjung turut terlibat dan menjadi bandar penting dalam kalendar Tahun Melawat Perak 2012. Kerajaan Negeri telah menghabiskan jutaan ringgit untuk mempromosikan lokasi-lokasi pelancongan di Perak, tetapi nampaknya Bandar Seri Manjung barangkali tidak termasuk dalam senarai. Mungkin juga perancang-perancang pelancongan di Perak memikirkan, bandar ini sama seperti Pekan Kepayang yang sudah bertukar menjadi pekan hantu walaupun yang membelah di tengah-tengah pekan tersebut adalah jalan persekutuan utama menuju ke selatan Semenanjung.
SRI MANJUNG
Sistem perparitan di Bandar Seri Manjung, terutama sekali parit utama, masih lagi parit tidak berkonkrit. Ketika tinjauan dibuat, parit yang terletak di tepi jalan utama menuju ke Lumut, penuh dengan semak-samun, sampah dan air yang bertakung, bukannya mengalir. Sekaligus menjadikan parit tersebut sebagai tempat pembiakan aedes dan agen encephalitis yang cukup meriah. Mungkinkah Seri Manjung akan menjadi sangat terkenal setelah kes-kes denggi meningkat, kemudian barulah parit-parit tersebut dibersihkan dan diselenggara dengan sebaik-baiknya?
SRI MANJUNG3
Seharusnya Bandar Seri Manjung mendapat perhatian sewajarnya memandangkan ia adalah bandar satelit untuk lokasi pelancongan utama Perak iaitu Pulau Pangkor. Imej yang terdapat di Bandar Seri Manjung adalah imej pesara tentera laut. Masakan kerana ianya merupakan kawasan penempatan pesara, maka bandar itu juga kelihatan sangat longlai, kurang diberikan perhatian dan diuruskan secara sambil lewa?
Takkanlah kerana ia bandar pesara, maka bandar yang sangat strategik dari segi komersial itu terbiar begitu sahaja? Takkanlah tidak ada langsung produk-produk yang boleh diperkenalkan untuk menaikkan imej Bandar Seri Manjung? Malah, masakan Seri Manjung langsung tidak terdapat dalam peta lokasi pelancongan Perak?
Jumlah hotel yang wujud di Bandar Seri Manjung juga amat berkurangan. Walaupun sebagai bandar transit, Seri Manjung nampaknya tidak bersedia untuk ditumpangi oleh mereka yang singgah di bandar berkenaan. Masalah ketiadaan bilik di Bandar Seri Manjung, biasanya akan dipindahkan ke Lumut atau lokasi-lokasi lain seperti Teluk Batik dan Teluk Rubiah, iaitu dua lagi lokasi pelancongan penting di pantai negeri Perak yang juga menjadikan Seri Manjung sebagai transitnya.
Atau barangkali juga Bandar Seri Manjung memang akan dikekalkan dengan imej sebegitu sebagai daya tarikan pelancong?