Wednesday, 25 January 2012

PINDAHKAN JIN DENGAN BAS..??? SIAPA PEMANDU BAS..???

Tidak dinafikan, penulis memang pernah terdengar cerita ini. Bunyinya menarik, tetapi kedengaran agak kelakar. Namun begitu tidak dapat dipastikan kesahihannya kerana ianya tersebar secara mulut ke mulut...... Ada kawan-kawan penulis mengatakan mereka mengetahuinya melalui Mastika keluaran entah dah berapa tahun dahulu....


Seterusnya kita ikuti tulisan seorang sahabat di blognya di sini


Kisah Ustaz Datuk Dr. Haron Din memindahkan jin menggunakan bas ini seolah-olah sinonim dan sebati dengan segelintir masyarakat Melayu di negara ini.
Kononnya ia berlaku sewaktu proses pembinaan sebuah kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) suatu ketika dulu.
Dikatakan segalanya bermula apabila sekumpulan jin ‘menganggu’ penuntut di situ sehingga Dr. Haron dan rakan-rakannya terpaksa dipanggil untuk mengusir makhluk berkenaan.
Dr. Haron kemudiannya didakwa telah memindahkan jin-jin ini dengan menggunakan beberapa buah bas.
Kisah Dr. Haron Din memindahkan jin menggunakan bas ini dikatakan tersebar setelah salah seorang pemandu yang ditugaskan membawa bas itu menceritakannya peristiwa itu kepada orang ramai.
Ternyata kisah ini kemudiannya tersebar dengan begitu meluas, apatah lagi bila mengenangkan yang Dr. Haron memang pakar dalam hal menangani masalah melibatkan jin dan makhluk halus ini.
Persoalannya, adakah peristiwa tersebut benar-benar berlaku?
Penulis yang sebelum ini ‘macam nak percaya’ dengan cerita itu lega apabila mendapat tahu yang ia CUMA DONGENG DAN PENIPUAN semata-mata!
Lebih melegakan lagi kerana penafian itu datang dari mulut Dr. Haron sendiri sepertimana yang tersiar dalam laman Youtube tidak lama dulu.


“Adalah amat tidak benar saya pernah membuat satu usaha memindahkan jin dengan menggunakan bas. Tidak pernah berlaku dan tidak pernah saya buat kerja yang macam itu,” tegasnya.
Beliau bagaimanapun mengaku sering diminta untuk membantu kerja-kerja menghalau makhluk halus ini.
Namun begitu, katanya, ia dibuat melalui doa, zikir, tahlil serta bersembahyang hajat dan tidak lebih dari itu.
Dalam erti kata lain, katanya, penggunaan bas untuk memindahkan jin seperti yang didakwa itu tidak wujud sama sekali.
” Tujuan kita hanyalah untuk meminta kepada Allah agar diberi kekuatan, diberi dengan kaedah rawatan supaya mereka (jin) itu boleh berpindah dengan sendiri.
” Tak payah pakai bas, mereka tak tau pun yang bas itu ada kerana mereka boleh jalan sendiri…boleh terbang sendiri dengan laju kerana mereka dibuat daripada api, api ada kelajuan sendiri,” kata Dr. Harun.
Beliau kemudiannya meminta masyarakat agar jangan mudah terpedaya dengan cerita ‘temberang’ tersebut.
Dr. Haron mengakhiri klip video berkenaan dengan meminta semua pihak agar menerima penjelasan beliau dan tidak mempercayai kisah yang tersebar sejak sekian lama itu. – (mynewshub.my)

SIAPA PENULIS ASAL ROSMAH BELANJA RM300K DI AUSSIE..???


Sebelum ini portal seperti Malaysiakini & The Malaysian Insider ada memainkan cerita kononnya Rosmah Mansur isteri kepada Perdana Menteri berbelanja mewah semasa bercuti di Australia. Rosmah Mansur didakwa berbelanja sehingga RM300,000 untuk membeli-belah serta bersiar-siar di sana.

Berita yang ditulis oleh Andrew Hornery itu hangat disambut oleh beberapa penulis blog pembangkang sehingga mungkin ada di antara kita yang percaya dengan apa yang ditulis oleh wartawan itu. Andrew Hornery hanyalah seorang penulis yang menulis berita gossip semata-mata.

Beliau bukanlah berkemampuan menulis berita isu-isu semasa serta isu-isu politik dunia. Bila sudah bergelar penulis gossip, kebanyakkan dari penulis jenis ini hanya menulis berdasarkan cakap-cakap kosong tanpa disertakan mana-mana bukti kukuh.

Andrew Hornery juga pernah disenaraikan di antara penulis paling buruk di Australia untuk dua tahun berturut-turut.
Australia Worst Journalist 2009
Australia Worst Journalist 2010
Bukan itu sahaja Andrew Hornery juga dikenali sebagai GOSSIP QUEEN AUSTRALIA, beliau juga mempunyai latar belakang yang meragukan sama seperti Anwar Ibrahim kerana dalam dunia kewartawanan Australia Andrew Hornery dikenali sebagai Open Gay Transsexual.


Sebelum ini beliau hanya menulis mengenai dunia Gay, Lesbian dan Transgender. Bolehkah saudara pembaca percaya berita yang ditulis berdasarkan gossip semata-mata?

Lebih teruk lagi ianya ditulis oleh penulis yang tersenarai sebagai 10 penulis paling teruk di Australia?

Lebih memalukan ianya ditulis oleh penulis yang kehidupan seksnya lebih kurang sama dengan Anwar Ibrahim?



KENYATAAN RASMI KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI PFN.....

Kenyataan Rasmi Ketua Audit Negara Mengenai Pusat Fidlot Nasional

Ekoran laporan media mengenai beberapa isu yang menghubungkaitkan Jabatan Audit Negara (JAN) dengan projek fidlot di Gemas, Jabatan Audit Negara ingin memberi penjelasan seperti berikut:
2. Perkara yang menjadi fokus utama pengauditan prestasi yang dijalankan oleh JAN ialah pencapaian projek Pusat Fidlot Nasional (PFN) sejak penubuhannya pada tahun 2006 dan bukannya National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp.) sebagai sebuah syarikat. NFCorp. adalah syarikat yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia di mana Kementerian Kewangan Diperbadankan memegang satu golden share bernilai RM1.
Manakala modal berbayar berjumlah RM1.11 juta telah disumbangkan oleh Agroscience Industries Sdn. Bhd. Projek ini diaudit memandangkan ia penting dari segi pengeluaran makanan negara yang mana Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan sejumlah wang yang besar berupa:
i) Peruntukan di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri AsasTani (KPIAT) berjumlah RM73.64 juta di bawah RMKe-9 bagi menampung kos pembangunan dan pengoperasian. Daripada peruntukan ini, sejumlah RM48.71 juta telah dibelanjakan setakat akhir tahun 2010 oleh KPIAT untuk menyediakan tapak seluas
5,000 ekar bagi projek ini. Kawasan ini kemudiannya dikurangkan kepada 2,000 ekar sahaja.
ii) Geran pelancaran untuk penyediaan infrastruktur berjumlah RM13 juta diluluskan kepada NFCorp. pada bulan September 2007 dan setakat akhir tahun 2010 sejumlah RM6.52 juta telah dibayar kepada NFCorp. untuk syarikat ini menyediakan infrastruktur seperti kandang dan jalan ladang.
iii) Pinjaman mudah (soft loan) juga telah diluluskan kepada NFCorp. yang berjumlah RM250 juta menerusi satu perjanjian pinjaman yang telah ditandatangani pada Disember 2007.
Setakat Mac 2010, sejumlah RM134.7 juta telah dikeluarkan kepada NFCorp. berdasarkan kepada tuntutan yang dibuat kepada Kementerian Kewangan.
3. Tujuan pengauditan dilaksanakan adalah untuk menilai sama ada projek PFN telah dirancang dan dilaksanakan dengan teratur dan berhemat serta mencapai objektif yang ditetapkan. Pengauditan ini melibatkan semakan terhadap maklumat yang diperolehi daripada beberapa agensi Kerajaan seperti KPIAT, Kementerian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan juga daripada pegawaipegawai NFCorp. semasa lawatan tapak dilakukan pada bulan Mac
2011.
Berdasarkan analisis audit yang bersandarkan kepada maklumat tersebut, pemerhatian-pemerhatian audit telah dibuat secara bertulis untuk mendapatkan pengesahan dan maklum balas daripada pihak-pihak ini.
Selain itu, perbincangan menerusi Exit Conference telah dibuat dengan wakil-wakil KPIAT sebagai Kementerian yang bertanggungjawab ke atas pelaksanaan projek ini sebelum laporan audit dimuktamadkan untuk dimuatkan ke dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010.
4. Analisis audit mendapati objektif projek PFN masih belum dicapai sepenuhnya. Ini disebabkan berbagai faktor yang dihuraikan dalam LKAN 2010. Antaranya, mengikut perjanjian pelaksanaan yang ditandatangani pada bulan Mac 2010, sasaran pengeluaran PFN iaitu 38,600 ekor lembu untuk tahun 2010 belum dicapai kerana Entreprenuer Development Program (EDP) yang melibatkan 130 pengusaha ladang satelit belum dilaksanakan lagi.
5. Jika dibaca keseluruhan LKAN 2010 itu, tidak ada pun disebut perkataan-perkataan seperti kucar kacir, ‘in a mess’ atau pun penyelewengan.
Perkataan-perkataan ini telah digunakan oleh pihak-pihak lain dan JAN tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan.
Pada pendapat JAN, sama ada terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam pelaksanaan projek ini terpulanglah kepada penyiasatan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
6. Pada perspektif audit, sememangnya terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan projek ini. Jikalau tidak, mengapa pada bulan Mei 2009 (sebelum pengauditan dijalankan), Kerajaan perlu menangguhkan pelaksanaan PFN sehingga satu kajian viability and business model (model perniagaan) dijalankan bagi projek ini?.
Perkara ini ada dinyatakan dalam LKAN 2010. Ianya membayangkan Kerajaan Malaysia sememangnya sedar akan kelemahan-kelemahan dalam pelaksanaan projek ini dan telah pun mengambil tindakan untuk menentukan hala tuju projek ini.
7. JAN ingin menjelaskan bahawa pengauditan terhadap projek PFN ini telah dibuat secara bebas dan profesional tanpa sebarang prejudis kepada mana-mana pihak. Sebarang kenyataan yang mempertikaikan kewibawaan dan integriti juruaudit JAN adalah dikesali.
Putrajaya 25 Januari 2012
Jabatan Audit Negara (JAN) menjelaskan bahawa Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 tidak ada menyebut perkataan-perkataan seperti kucar kacir, “in a mess” ataupun penyelewengan dalam laporan pengauditannya terhadap projek Pusat Fidlot Nasional (PFN) di Gemas, Negeri Sembilan.
Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang, dalam kenyataan hari ini berkata, “Perkataan-perkataan ini telah digunakan oleh pihak-pihak lain dan JAN tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan.”
Katanya pada pendapat JAN, sama ada terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam pelaksanaan projek itu terpulanglah kepada penyiasatan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau berkata pada perspektif audit, sememangnya terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan projek itu yang menyebabkan kerajaan menangguhkan pelaksanaannya pada Mei 2009, iaitu sebelum pengauditan dijalankan, sehingga satu kajian daya maju dan model perniagaan dijalankan.
“Perkara ini ada dinyatakan dalam LKAN 2010. Ia membayangkan Kerajaan Malaysia sememangnya sedar akan kelemahan-kelemahan dalam pelaksanaan projek ini dan telah mengambil tindakan untuk menentukan hala tuju projek,” katanya.
Ambrin berkata pengauditan bagi projek PFN dibuat secara bebas dan profesional tanpa sebarang prejudis kepada mana-mana pihak dan sebarang kenyataan yang mempertikaikan kewibawaan dan integriti juruaudit JAN adalah dikesali.
Beliau berkata analisis audit mendapati objektif projek PFN masih belum dicapai sepenuhnya disebabkan pelbagai faktor yang dihuraikan dalam LKAN 2010.
“Antaranya, mengikut perjanjian pelaksanaan yang ditandatangani pada Mac 2010, sasaran pengeluaran PFN iaitu 38,600 ekor lembu untuk tahun 2010 belum dicapai kerana Program Pembangunan Usahawan (EDP) yang melibatkan 130 pengusaha ladang satelit belum dilaksanakan lagi,” katanya.
Ketua Audit Negara turut menjelaskan bahawa perkara yang menjadi fokus utama pengauditan prestasi yang dijalankan oleh JAN itu ialah pencapaian projek PFN sejak penubuhannya pada tahun 2006 dan bukannya National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) sebagai sebuah syarikat.
Menurutnya NFCorp adalah sebuah syarikat yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di mana Kementerian Kewangan Diperbadankan memegang satu “golden share” bernilai RM1 manakala modal berbayar berjumlah RM1.11 juta telah disumbangkan oleh Agroscience Industries Sdn Bhd.
Ambrin berkata projek itu diaudit memandangkan ia penting daripada segi pengeluaran makanan negara di mana kerajaan memperuntukkan sejumlah wang yang besar kepadanya.
Katanya ini termasuk peruntukan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berjumlah RM73.64 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi menampung kos pembangunan dan pengoperasiannya.
“Daripada peruntukan ini, sejumlah RM48.71 juta telah dibelanjakan setakat akhir tahun 2010 oleh kementerian itu untuk menyediakan tapak seluas 2,000 hektar bagi projek ini. Kawasan ini kemudian dikurangkan menjadi 800 hektar sahaja,” kata beliau.
Beliau berkata geran pelancaran untuk penyediaan infrastruktur berjumlah RM13 juta diluluskan kepada NFCorp pada September 2007 dan setakat akhir tahun 2010 sejumlah RM6.52 juta telah dibayar kepada NFCorp untuk penyediaan infrastruktur seperti kandang dan jalan ladang.
Ambrin berkata pinjaman mudah berjumlah RM250 juta juga telah diluluskan kepada NFCorp menerusi satu perjanjian pinjaman yang ditandatangani pada Disember 2007 dan setakat Mac 2010, sejumlah RM134.7 juta telah dikeluarkan kepada NFCorp berdasarkan kepada tuntutan yang dibuat kepada Kementerian Kewangan.
SUMBER.. DI SINI..... DI SINI