Tuesday, 27 December 2011

BN BAWA PELABUR...PR BAWA...?????

Inilah hasil usaha Kerajaan BN yang berjaya mengekalkan ekonomi Malaysia masih di tahap yang kompetitif.

FDI: Tarikan M'sia meningkat ketara

Tarikan Malaysia sebagai satu destinasi pelaburan langsung asing (FDI) telah meningkat dengan ketara pada 2011, demikian menurut penilaian terbaharu yang diumumkan oleh konsultan pengurusan, AT Kearney.

Walaupun kajian itu, yang dikenali sebagai "Senarai Indeks Pelaburan Langsung Asing 2011" didominasi oleh tiga ekonomi - China, India dan Brazil - Malaysia mempamerkan peningkatan dari kedudukan ke-21 kepada ke-10 menjelang akhir tahun ini.

Negara Asia Tenggara yang lain yang kedudukannya meningkat ialah Singapura (dari ke-24 ke ke-tujuh) dan Indonesia (dari ke-20 ke ke-sembilan).

Negara yang mencatatkan kedudukan terbaik ialah China, India dan Brazil yang melepasi Amerika Syarikat (AS) di segi tarikan destinasi FDI, kata AT Kearney.

Hampir separuh responden yang dikaji selidik menyatakan tinjauan positif bagi Brazil (46 peratus) berbanding 2010. Lebih sepertiga bagi India (37 peratus) dan China (34 peratus).

China kekal pada kedudukan pertama pada Indeks itu.

Para pelabur mengkaji untuk mengambil kesempatan dari pasaran pengguna dan industri perkhidmatan sesebuah negara serta peningkatanya di atas rantauan nilai di dalam sektor teknologi.

India menggantikan AS di tempat kedua dan Brazil meningkat ke kedudukan ketiga, kata Eksekutif Kanan di AT Kearney.

AS merosot ke kedudukan ke-empat selepas mengalami krisis hutang, yang mengejutkan para pelabur, manakala Jerman menjadi penjana utama ekonomi Eropah, berada pada kedudukan kelima pada senarai indeks itu.

Rakan dan Pengarah Urusan Eropah tengah AT Kearney Martin Sonnenschein berkata perubahan paradigma itu berlaku berikutan perubahan kuasa ekonomi dari Barat ke Timur.

"FDI kini beralih dari negara perindustrian utama ke ekonomi baru muncul," kata AT Kearney.

Berikutan peningkatan pada senarai indeks berkenaan, Malaysia dijangka muncul sebagai tapak pelaburan utama yang menawarkan 500 juta pengguna di rantau Asean.

- Bernama

Kalau ada pencacai pembangkang nak berhujah bahawa ianya kerana PKR pegang Selangor dan DAP pegang Penang, korang tunjuk je video ini kepada mereka.



Jangan lupa tunjuk yang ini sekali.





*Sebab kenapa Dr. Hasan Ali marah sangat pada PAS Selangor. Maksiat menjadi-jadi bila mereka bekerjasama dengan syaitan DAP dan PKR.
MyMassa

NIK AZIZ HARAMKAN BR1M DI KELANTAN...???!!!

Sepanduk Gambar Nik Aziz HARAMKAN BR1M Di Kelantan..




Bukan lagi rahsia bahawa Pakatan Rakyat akan menolak apa sahaja usaha dari kerajaan untuk membantu meringankan beban rakyat di negara ini. Bagi Pakatan, usaha mengutuk dan memfitnah setiap pemberian kerajaan adalah perlu bagi memastikan survival mereka di PRU 13 nanti.
Justeru itu, tak menghairankan apabila wang Bantuan Rakyat 1Malaysia yang berjumlah RM500 bagi setiap keluarga yang berpendapatan dibawah RM3000 sebulan, dikecam dan diperlekehkan sehabisnya oleh setiap pemimpin Pakatan Rakyat.
Yang terbaru, beberapa sepanduk dan kain rentang telah dinaikkan di negeri Kelantan untuk menghasut rakyat supaya jangan menerima bantuan tersebut. Kain rentang yang mempunyai gambar Menteri Besar Kelantan itu dilihat dipasang dibeberapa kawasan strategik sekitar bandar.
Lebih memalukan, wang bantuan RM500 tersebut didakwa “HARAM” kerana ia tak diketahui sumber hasilnya. Malah, tulisan di kain rentang berkenaan telah menasihatkan rakyat Kelantan supaya tidak keluar untuk mengambil wang tersebut.
SELANJUTNYA ..... DI SINI
JIKA WANG BANTUAN RM500 ITU HARAM... KERANA IANYA DARI SUMBER YANG TIDAK DIKETAHUI MAKA SESUNGGUHNYA JUAK2 PAS DAN PR TIDAK BOLEH MAKAN NASI, GULA, TEPUNG, MINYAK MASAK, GUNA GAS UTK MEMASAK DAN ISI PETROL ATAU DIESEL DI KENDERAAN MASING-MASING KERANA ADA SUBSIDI KERAJAAN DALAM SEMUA BARANGAN TU..... BUKANKAH WANG KERAJAAN ADALAH DARI SUMBER HARAM..?????

GEMPAR..!!! DAP MAHU JADIKAN MALAYSIA SEPERTI SINGAPURA..???




Nanyang Siangpau, 23 Disember 2011

22hb, Johor Baharu - Hew Kuan Yaw berkata, pada PRU akan datang ini beliau tidak mahu bertanding di kawasan selamat, beliau mahu DAP pusat hantar beliau bertading di kawasan paling bahaya, jika beliau dihantar ke negeri Johor untuk bertanding, beliau mahu “hapuskan” presiden MCA menentang Datuk Seri Chua Soi Lek. Beliau berkata. semua orang mahu menang dalam pilihan raya, sebaliknya beliau mahu pergi cari mati.

Kuan Yaw berkata, berdasarkan kebolehan dan latar belakang akademi beliau, tarikan beliau dalam ceramah yang boleh menawan hati pendengar, jika Lim Guan Eng mahu beliau bertanding di kawasan selamat, itu bukan satu masalah, tetapi beliau tidak pernah berniat berbuat demikian.

Selain dari itu, Kuan Yaw berkata, walaupun PM Singapura Lee Kuan Yew telah menutup untiversiti Nanyang di Singapura, ada orang menuduh Lee Kuan Yew cuba membunuh pendidikan kaum Cina di Singapura dan mereka terlalu pandang rendah dalam penilaian mereka terhadap Lee Kuan Yew, tetapi sebenarnya ini boleh dibahaskan lagi, Lee Kuan Yew punyai kekuatan membasmi rasuah dan laksanakan kerajaan bersih, sebaliknya mendapat sanjungan di peringkat antarabangsa.

Beliau berkata PAP di Singapura punyai seorang manusia seperti Lee Kuan Yew; di Malaysia DAP juga ada seorang manusia seperti Hew Kuan Yaw, jika rakyat beri peluang kepada Hew Kuan Yaw, beliau akan seperti Lee Kuan Yew juga membunuh semua puak dan kumpulan yang menyeleweng dan yang melakukan rasuah, inilah keindahan persaingan dalam demokrasi dan juga ini satu keinginan sebenar beliau.(kecuali Cina-Cina DAP yang menyeleweng dan rasuah akan dikawtimm)

Sebelum ucapan itu, Chen Hong Pin dalam ucapannya juga telah mengejek kerajaan Barisan Nasional, beliau asyik berkata beliau tidak akan mengganggu kerajaan BN kerana kerajaan BN selalu membantu rakyat, jika penduduk merentasi jalan-jalan kampung, mereka tidak akan nampak lagi lembu-lembu berkeliaran, kerana lembu-lembu itu semuanya telah masuk ke dalam apartment, dan telah menelan belanja sebanyak 250 juta ringgit, kerana program ternak lembu-lembu itu telah dialihkan lembu-lembu ke apartment di Singapura.

Ulasan kita: Inilah hajat terpendam DAP yakni DAP sebenarnya mahu menDAPkan Malaysia. Bukan untuk membenteras rasuah, kerana kerajaan BN melalui SPRM pun berusaha membenteras kegiatan rasuah, jika tidak negara kita sudah tentu lebih terok rasuahnya daripada negara China dan Indonesia. Bukan juga DAP nak jatuhkan sangat Chua Soi Lek, tujuan sebenar adalah untuk menggantikan MCA supaya cita-cita DAP hendak menjadikan Malaysia ini se bagai 'The Chinese Belt' akan tercapai. Ingatlah cita-cita Lee Kuan Yew sejak tahun 1960an dahulu di mana dalam bukunya "Memoir Lee Kuan Yew", katanya dia sepatutnya lebih layak dan lebih baik menjadi Perdana Menteri berbanding Tunku Abd. Rahman. Pull Stop. 
  
SAYA MAHU JADIKAN MALAYSIA SEPERTI SINGAPURA..... 
SAYA MAHU JADIKAN MALAYSIA MACAM LEE KUAN YEE BUAT....
SAYA MAHU JADI LEE KUAN YEW MALAYSIA....
MyMassa

SIAPAKAH TOP BLOGGER PEMBANGKANG YANG MURTAD..?????

LIHATLAH SENDIRI POSTING-POSTING BERIKUT.

ANDA PASTI TERKEJUT DAN BERASA PELIK MEMBACANYA...
TETAPI INILAH SEBENARNYA SALAH SATU CARA UNTUK TOP DI INTERNET..... MELAKUKAN KONTROVERSI !!!
TAPI PADA-PADA LAH...... TAKKAN SAMPAI MURTAD..???