Saturday, 26 November 2011

MASIH MENGHARAP JADI PM...????!!!!!


Laungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu menobatkan Ketua Umum mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh tidak lebih sekadar satu lontaran harapan palsu kepada ahli dan penyokong parti mereka bagi menggambarkan parti itu kononnya masih lagi mempunyai kekuatan.
Namun begitu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) akur dengan teguran terdapat calonnya yang dipilih sebelum ini memaparkan prestasi hambar sebagai Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri serta kurang berkhidmat kepada rakyat.
Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata oleh yang demikian, parti akan memastikan calon yang dipilih untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13 akan datang benar-benar berkelayakan.
Penulis - Tanpa disedari PKR sebenarnya semakin ketandusan calon apabila seorang demi seorang pemimpin tertinggi, MP dan ADUN malah terdapat juga beberapa orang yang bersama2 menjadi pengasasnya mula meninggalkan PKR :
SENARAI PEMIMPIN PKR MENINGGALKAN PARTI
1. Bekas Timbalan Presiden, Dr. Chandra Muzaffar,
2. Bekas Ketua Angkatan Muda, Ezam Mohd. Noor,
3. Ketua Penerangan, Ruslan Kassim
4. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Zainur Zakaria
5. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Datuk S. Nallakarupan.
6. Pimpinan awal ketika PKR mula ditubuhkan seperti bekas Naib Presiden, Marina Yusuff
7. Pimpinan awal ketika PKR mula ditubuhkan Bekas Setiausaha Agung, Mohd. Annuar Tahir
8. Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari
9. Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan iaitu Lokman Noor Adam
10. Bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Muhammad Zahid Md. Arip
11. Bekas Timbalan Pengarah Pilihan Raya Keadilan, Hamdan Taha.
12. Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim
13. Setiausaha Pergerakan Pemuda PKR Sabah, Faizal Julaili
14. Setiausaha PKR bahagian Papar, Awang Mumin Awang Marali
15. Bekas Bendahari Agung, Abdul Rahman Osman
16. Bekas naib presiden PKR, Saidatul Badru Tun Said Keruak
17. Naib Presiden, Jeffrey Kitingan,
18. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Christina Liew
19. Ketua Angkatan Muda (AMK) Kuala Selangor , Nazaruddin Darmawan
20. Ketua Wanita Kuala Selangor, Fauziah Sulaiman
21. Bekas calon PKR teluk kemang/ antara pengasas PKR Abdul Manap Shahardin
22. Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Selangor Datuk Dr Halili Rahmat
23. Ketua PKR Tanjung Malim / Ketua Penerangan PKR Perak Soraya Sulaiman
24. Timbalan Ketua PKR Bagan Serai Roshanita Mohd Basir


Kerusi Parlimen 
1. Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed
2. Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng
3. Ahli Parlimen Bagan Serai Mohsin Shamsuri
4. Ahli Parlimen Kulim Baru Zulkifli Nordin

Kerusi DUN 
1. Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi
2. Adun Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu
3. Adun Ngemah, Gabriel Adit Demong
4. Adun Lunas, Md Radzi Salleh
5. Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah
6. ADUN Bukit Selambau, V. Arumugam



Penulis - Mungkin Nurul Izzah adalah Ahli Parlimen yang hambar dan kurang berkhidmat kepada rakyat sebagaimana yg dimaksudkan oleh mamanya, Wan Azizah.

15 Januari 2012..... BUBAR PARLIMEN..????



Dalam senario sekarang ini, tiada yang lebih menarik untuk diperkatakan terutama di kalangan pemerhati politik, hinggalah di kedai-kedai kopi, melainkan tarikh pilihan raya umum ke-13
Namun sehingga kini, masih belum ada ‘pak nujum’ politik yang benar-benar dapat meramalkan tarikh tepat bila tarikh pilihan raya yang dijangka sengit ini akan diadakan.
Ini kerana ia adalah keputusan mutlak Perdana Menteri untuk mengumumkan apa yang berada dibenak fikirannya.
Menariknya dalam pada pelbagai analisis dibuat oleh bermacam pihak mengenai tarikh pilihan raya umum akan datang, akhbar bahasa Cina, Oriental Daily telah mengemukakan teori yang menarik untuk diperhatikan.
Pertama - akhbar berkenaan melontarkan persoalan kemungkinan besar Parlimen akan dibubarkan pada 15 Januari ini.
Kedua - ini kerana menurut akhbar berkenaan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan ke luar negara pada bulan Januari.
Ketiga - Oriental Daily memaklumkan yang mereka mendapat maklumat cuti kesemua pegawai dan anggota polis dikatakan akan dibekukan pada bulan tersebut
Keempat - Dan yang paling menguatkan hujah pilihan raya akan diadakan pada tarikh atau bulan berkenaan bila Najib dikatakan sudah hampir pasti tidak akan menghadiri Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland yang dijadualkan berlangsung juga pada bulan Januari.
Sesungguhnya spekulasi yang dibuat Oriental Daily ini sekali gus telah menghangatkan semula cakap-cakap mengenai tarikh PRU-13.
Sebelum ini tanggapan ramai pihak yang kononny Najib akan mengumumkan pembubaran Parlimen bagi membolehkan PRU-13 pada 11 November lalu ternyata tidak menjadi kenyataan.
Yang pasti apa pun tarikhnya, pembangkang awal-awal lagi enggan mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya umum hingga ‘memeningkan’ Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
SPR berharap pemimpin parti politik termasuk pembangkang dapat mencapai persetujuan bersama untuk mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya umum akan datang.
Bagi penulis, walaupun undang-undang membenarkan kedua-dua pilihan raya itu diadakan secara berasingan, namun pemimpin politik wajar mengambil kira kepentingan bersama dalam hal terbabit.
Proses pengundian serentak dapat mengelakkan pembaziran daripada segi kos, tenaga kerja dan juga masa.
Kita kena ingat, kecuali di Sabah dan Sarawak, pengundian berasingan antara DUN dengan Parlimen tidak pernah berlaku.
Malangnya Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah membuat keputusan bahawa kerajaan negeri hanya akan membubarkan DUN selepas enam bulan dari tarikh pembubaran Parlimen bagi memastikan Bajet Selangor 2012 dapat dilaksanakan pada tahun depan.
Apapun penulis ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua tukang tilik dan pak nujum pilihan raya ini, tak rugi pun kalau telahan tu tak betul
Cuma rasanya banyak lagi kerja berfaedah yang boleh kita buat daripada asyik memeningkan diri mencari pelbagai teori bila tarikh PRU-13 akan diadakan.
Tarikh 15 Februari yang dicanangkan Oriental Daily itu mungkin betul, mungkin tidak
Biarlah Najib sendiri yang umumkan tarikhnya, yang kita ni, ayuh teruskan kerja! 
–  SYAHRIL A. KADIR (mynewshub.my)

DIABETES.....!!!!

DIABETES bukanlah sejenis penyakit yang asing bagi masyarakat kita. Setiap hari tanpa disedari, kita mungkin berhadapan atau berdiri ataupun makan di sebelah seorang pesakit diabetes. Setiap satu dalam tujuh orang dewasa di Malaysia menghidapi diabetes. Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ketiga 2006 menunjukkan prevalen bagi diabetes di kalangan penduduk negara ini yang berumur 30 tahun ke atas meningkat kepada 14.9 peratus berbanding hanya 8.3 peratus pada 1996.


Bagaimana boleh berlaku peningkatan sebegini? 
Terdapat banyak faktor yang boleh menyumbang kepada penyakit diabetes seperti masalah berat badan, pengambilan makanan tinggi lemak dan kurang serat, keturunan atau sejarah keluarga (diabetes ada hubungkait kuat dalam keluarga). Begitu juga peningkatan umur, kurang bersenam dan mengamalkan gaya hidup tidak aktif - ciri yang ada pada kebanyakan masyarakat kita. Wanita yang mengalami masalah diabetes ketika hamil mempunyai risiko tinggi menghidap penyakit ini.





Diabetes boleh dibahagikan kepada dua jenis/kategori iaitu:
I. Diabetes Mellitus yang bergantung kepada Insulin (IDDM) atau Diabetes Mellitus Jenis I;
II. Diabetes Mellitus yang tidak bergantung kepada Insulin (NIDDM) atau Diabetes Mellitus Jenis II. Jenis yang paling banyak dialami adalah diabetes jenis II.
Jika anda mengalami gejala seperti luka yang lambat sembuh, jangkitan pada sistem pembuangan air kencing dan kemaluan, kebas kaki, dahaga, kerap buang air kecil dalam kuantiti yang banyak, letih dan lesu serta berat badan menurun tanpa sebab, anda disarankan menjalani ujian untuk diabetes.

Luka yg lambat sembuh akibat diabetes

Bagaimana diabetes dikesan? 
Kebanyakan orang tidak sedar mereka menghidap diabetes. Di Malaysia, pakar perubatan menganggarkan kebanyakan pesakit sudah menghidap diabetes bertahun-tahun lamanya sebelum penyakit mereka dikesan. Inilah sebabnya kita perlu mengetahui paras gula darah kita dengan kerap menjalani pemeriksaan. Diabetes boleh dikesan melalui ujian darah di mana-mana klinik atau makmal seperti Pathlab iaitu:
"Ujian paras gula ketika berpuasa - Ujian ini biasanya dijalankan pada waktu pagi selepas berpuasa selama lapan jam. Ini bermakna seseorang yang ingin menjalani ujian ini tidak boleh makan atau minum (kecuali air masak) selama lapan jam sebelum ujian.
"Ujian paras gula secara rambang - Ujian ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan tidak perlu berpuasa.
"Ujian oral toleransi glukosa - Dalam ujian ini seseorang akan diberi minum air yang dibancuh dengan 75 gram glukosa. Tahap gula dalam darah akan diperiksa semasa puasa dan selepas dua jam pengambilan 75g glukosa.



Diabetes boleh dikesan melalui ujian darah di mana-mana klinik atau makmal.
Secara lazimnya ujian ini untuk wanita hamil yang disyaki menghidap diabetes di klinik kerajaan. Ramai wanita menghidap diabetes ketika hamil sedangkan mereka tidak pernah mengalami masalah itu. Keadaan ini dipanggil diabetes gestasi yang hanya berlaku ketika hamil. Wanita yang ada masalah ini mempunyai risiko mengalami pradiabetes dan diabetes jenis II kelak.

Biasanya ujian ini bertujuan mengetahui risiko menghidap diabetes gestasi ketika kehamilan memasuki minggu ke-24 hingga 28. Untuk mengesannya, wanita dikehendaki berpuasa selama lapan jam, dan akan diberikan air glukosa (ujian oral toleransi glukosa). Ujian ini sangat penting kerana diabetes gestasi boleh memberi kesan kepada kandungan; antara risikonya ialah badan bayi menjadi besar daripada normal (makrosomia), tahap gula dalam darah bayi terlalu rendah (hipoglisemia), bayi boleh mengalami demam kuning atau bayi boleh mengalami sindrom sesak nafas.


Bagaimanapun dalam kebanyakan kes, dengan kawalan yang baik, iaitu dengan mengawal paras gula darah, mengamalkan pemakanan sihat, bersenam dan mengekalkan berat badan seimbang; wanita boleh melahirkan bayi yang sihat.
Ada lagi satu perkara penting yang perlu diketahui khususnya bagi pesakit diabetes iaitu ujian untuk mengetahui paras HbA1c. Ini adalah ujian bagi menunjukkan purata gula dalam sel darah merah dalam tempoh tiga bulan. Ia juga menunjukkan sama ada diabetes anda terkawal atau sebaliknya.
Dalam ujian ini, sampel darah pesakit akan diambil dan dihantar ke makmal untuk dianalisis. Keputusan anda normal jika HbA1c berada pada tahap 6 peratus atau kurang. Tahap HbA1c yang digunakan untuk diagnosis diabetes ialah kurang dari 5.7 peratus (normal), 5.7 hingga 6.4 peratus (pra diabetes) dan 6.5 peratus atau lebih (diabetes). Jika anda menghidap diabetes, anda perlu memastikan paras HbA1c di bawah 7 peratus dan berbincang dengan doktor tahap yang sesuai untuk anda.


Diabetes dan kerosakan pada buah pinggang 

Diabetes tidak terkawal boleh mencetuskan pelbagai komplikasi yang membabitkan banyak organ seperti menyebabkan kerosakan jangka panjang kepada mata (boleh mengakibatkan buta), saraf (kebas atau hilang deria rasa di tangan dan kaki boleh cedera tanpa disedari), otak (strok), buah pinggang (kegagalan buah pinggang) dan jantung (serangan jantung).

Kerosakan saraf pada uretra akibat diabetes

Jangan perjudikan kesihatan dan segeralah jalani pemeriksaan kesihatan am untuk mengetahui tahap kesihatan anda. Sesiapa yang bertanggungjawab terhadap kesihatan sendiri, seharusnya datang untuk menjalankan saringan pemeriksaannya kerana umur yang panjang tidak bermakna jika kita tidak sihat. Ujian saringan kesihatan am boleh dilakukan di mana-mana klinik atau 50 cawangan makmal Pathlab di seluruh Malaysia.

Penulis :  Amalkan cara hidup dan pemakanan yg sihat utk hidup yg sihat.....